"Bagaimana kita boleh memastikan input dan output seimbang dalam 2 hari?"
Ini adalah objektif utama kami semasa merangka kandungan untuk Bengkel Mandarin Atas Talian bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI). Fasih Mandarin menghargai kepercayaan dan kerjasama yang diberikan oleh MAFI sepanjang program berlangsung.
Kami berbesar hati apabila mengetahui peserta dapat mengaplikasikan kemahiran Mandarin yang kami kongsikan dengan segera. Peserta MAFI telah menghujani guru kami dengan pelbagai soalan semasa bengkel.
Kami berharap untuk bertemu semula dengan MAFI dalam masa terdekat untuk kolaborasi seterusnya.