Fasih Mandarin telah meluangkan 1.5 jam bersama para pelajar universiti dan "job seekers" di Malaysia melalui webinar yang dianjur oleh Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp). Webinar ini bertujuan untuk membuka mata para peserta mengenai kelebihan skill Mandarin dalam kerjaya dan masa depan mereka.
Fasih Mandarin juga mengambil peluang untuk mengajar para peserta beberapa topik asas Mandarin supaya mereka boleh lihat dan alami sendiri betapa mudahnya untuk belajar Mandarin, terutamanya dengan Fasih Mandarin.
Ribuan penghargaan kepada Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) atas jemputan untuk mengadakan Webinar "Employability" percuma di bawah program #KisahSiswa.
Fasih Mandarin amatlah berbangga menjadi sebahagian daripada inisiatif TalentCorp untuk memberi sokongan kepada generasi muda di negara kita.