Ucapan daripada
Pengasas Fasih Mandarin
Saya selaku Pengasas Fasih Mandarin, ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana melayari laman sesawang kami.
Fasih Mandarin ditubuhkan dengan satu matlamat iaitu untuk membantu mereka yang ingin menguasai bahasa Mandarin dengan cara yang paling mudah dan berkesan. Modul latihan yang kami sediakan adalah khusus untuk membantu mereka yang langsung tidak mempunyai asas Mandarin.
Modul latihan yang disediakan adalah berdasarkan pengalaman dan kepayahan saya sendiri semasa menuntut di Beijing dalam bidang "Kesusasteraan Bahasa Mandarin". Saya terbang ke Beijing tanpa sebarang asas bahasa Mandarin dan kini, saya fasih bertutur bahasa Mandarin. Berbekalkan pengalaman & kepayahan yang saya lalui, saya telah berjaya menghasilkan cara pendekatan pengajaran, kaedah pembelajaran dan strategi latihan yang sangat efektif untuk membantu penguasaan bahasa Mandarin dengan cara yang paling MUDAH dan CEPAT.
Kini, kami telah diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Pusat Bahasa Berdaftar. Ini membuktikan yang mana kami sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada semua peserta Fasih Mandarin.
Disamping itu, kami juga berdaftar dengan HRD Corp Malaysia sebagai Penyedia Latihan. Dengan ini, kami amat berbesar hati kerana kami kini berpeluang untuk penyokong semua syarikat-syarikat yang berdaftar dengan HDR Corp untuk menambah kemahiran berbahasa Mandarin kepada semua kakitangan disamping kos pembelajaran boleh dituntut sepenuhnya melalui Skim Bantuan Latihan (SBL).
Harapan saya hanya satu, dengan ilmu dan pengalaman yang saya ada, saya ingin membantu lebih ramai anak bangsa untuk menguasai bahasa kedua terpenting di dunia. Dengan menguasai bahasa Mandarin, ia akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan, perniagaan dan menjamin masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak kita, InsyaAllah.
Sekian, terima kasih.
Ikhlas dari,
Shah Farid Rashid
Pengasas Fasih Mandarin
FASIH MANDARIN
PAUTAN PANTAS
Fasih Mandarin Head Office
Unit 3A-1, KL Trillion 338,
Jalan Tun Razak, 50400,
WP Kuala Lumpur.