Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)
Walaupun sebagai syarikat start-up, Fasih Mandarin melakukan yang terbaik untuk berbakti kepada masyarakat Malaysia mengikut kemampuan kami. Kami percaya bahawa pendidikan adalah pelaburan yang terbaik dan juga adalah elemen yang penting dalam upskilling masyarakat. Fasih Mandarin amat mengalu-alukan lebih banyak NGO bekerjasama dengan kami untuk menjalankan projek CSR.
Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Shah Alam
Karnival Bahasa
Fasih Mandarin menganjurkan Karnival Bahasa Mandarin di Sekolah Menengah Sains Shah Alam, sebahagian daripada inisiatif CSR. Kami mempromosikan bahasa dan budaya Mandarin di Malaysia. Karnival ini bertujuan memperkenalkan pelbagai aspek budaya Cina melalui permainan, aktiviti dan pencarian harta karun yang menarik. Karnival ini disertai oleh para pelajar yang mengambil bahasa Cina sebagai bahasa ketiga di sekolah. Fasih Mandarin berterima kasih kepada pihak sekolah dan semua peserta kerana menjayakan program tersebut.
Malaysian Pharmacy Student Association (MyPSA)
Mandarin Crash Course
Crash course selama sebulan ini direka khas untuk ahli MyPSA yang perlu menggunakan bahasa Mandarin sebagai medium komunikasi dengan pesakit dan pelanggan dalam bidang perubatan. Hasilnya, para peserta dapat melangkaui halangan bahasa dan menguasai frasa-frasa Mandarin yang bergunakan dalam pekerjaan perubatan mereka kelak.
Hanya dengan bayaran yuran komitmen yang minimum, para peserta dapat menikmati faedah pembelajaran bahasa Mandarin bersama Fasih Mandarin seperti bimbingan melalui Kumpulan WhatsApp, Penilaian, Pensijilan Pencapaian dan banyak lagi.
MyFundAction Sabah
Bengkel Bahasa bersama Borneo YOSH Academy
Fasih Mandarin telah bekerjasama dengan Borneo YOSH melalui siri Borneo YOSH Academy. Kami telah mengadakan Bengkel Asas Mandarin secara online selama 2 jam untuk alumni Matrikulasi, Asasi, STPM & SPM Promax di Sabah.
Topik bengkel ialah "Chi Huo Survival Kit" yang fokus kepada Makanan & Minuman dalam bahasa Mandarin. Kelas Mandarin direka bentuk untuk mengajar kemahiran asas Mandarin berkaitan dengan cara pesan makanan dan minuman serta cara tawar-menawar harga dengan mudah.
Sekolah Kebangsaan Setiawangsa, Kuala Lumpur
Bengkel Kebudayaan Mandarin
Fasih Mandarin menganjurkan Program Budaya Mandarin semasa Tahun Baru Cina di Sekolah Kebangsaan Setiawangsa sebagai sebahagian daripada initiasif CSR kami untuk mengukuhkan minat pelajar dalam bahasa Mandarin. Lebih 400 pelajar dari Tahun 1 hingga Tahun 6 yang mengikuti kelas Mandarin di sekolah menyertai program itu. Pelbagai aktiviti kebudayaan telah dijalankan untuk menarik minat pelajar dalam bahasa Mandarin seperti bercerita tentang sejarah Nian, buat DIY tanglung, kuiz Tahun Baru Cina dan lain-lain. Program ini bertujuan untuk memupuk minat pelajar terhadap bahasa Mandarin dan budaya Cina. Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Sekolah Kebangsaan Setiawangsa dan ribuan terima kasih kepada semua peserta kerana menjayakan acara tersebut.
Pink Unity (Cancer Support Group by NCSM)
Bengkel Asas Mandarin dengan Pink Unity
Fasih Mandarin telah bekerjasama dengan Pink Unity (kumpulan sokongan kanser wanita oleh National Cancer Society Malaysia). Kami menjalankan Bengkel Asas Mandarin selama 2 jam untuk cancer survivors wanita.
Bengkel ini bertujuan untuk mencetus minat para peserta dalam mempelajari bahasa Mandarin dan memberi mereka pendedahan tentang cara pengajaran Fasih Mandarin dalam kelas.
Fasih Mandarin Scholarship
Biasiswa FM untuk kursus Mandarin Permulaan HSK1
Biasiswa FM oleh Fasih Mandarin telah ditubuhkan dengan tujuan untuk meningkatkan kemahiran masyarakat Malaysia. Melalui biasiswa ini, Fasih Mandarin memberi subsidi sehingga 60% daripada jumlah yuran kursus. Sepanjang tahun lalu, lebih 100 peserta telah berjaya menamatkan kursus Mandarin Permulaan HSK1 melalui Biasiswa FM menjadikan jumlah biasiswa yang telah ditawarkan bernilai lebih RM50,000. Fasih Mandarin mengalu-alukan dan menggalakkan lebih ramai orang merebut peluang seumur hidup ini untuk meningkatkan kualiti kehidupan mereka
Talent Corp
Young Employable Students (YES!) collaborators
Fasih Mandarin officially joined TalentCorp as one of the Young Employable Students (YES!) collaborators through an MoU. We as the collaborator will share our expertise to increase the prospect knowledge and exposure to improve the graduate employability ecosystem for local talent. We are joining TalentCorp in YES! We Are Ready! roadshow to the universities in Malaysia.
FASIH MANDARIN
PAUTAN PANTAS
Fasih Mandarin Head Office
Unit 3A-1, KL Trillion 338,
Jalan Tun Razak, 50400,
WP Kuala Lumpur.