Sorotan Projek Korporat Fasih Mandarin
Selama bertahun-tahun, Fasih Mandarin telah menjalankan banyak projek dengan organisasi sektor kerajaan dan swasta. Kami ingin menunjukkan beberapa projek korporat yang kami percaya paling mewakili Fasih Mandarin.
Universiti Teknologi Petronas (UTP)
Latihan Sumber Luar - Kursus Penulisan Perniagaan
UTP adalah pelanggan lama kami dan universiti telah mengamanahkan kami dengan pelbagai kursus korporat untuk staff mereka. Untuk Kursus ini, kami menyediakan Kursus Penulisan Perniagaan Dalam Talian (Online) selama 2 Hari dengan bekerjasama dengan jurulatih HRDCorp yang bertauliah di bawah Fasih Mandarin. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan komunikasi Bahasa Inggeris dan kemahiran menulis perniagaan peserta dengan mempelajari cara-cara dan teknik yang berkesan untuk meningkatkan Kemahiran Menulis Perniagaan mereka.
Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC)
Kursus Korporat Mandarin
Kursus ini direka khusus untuk kakitangan MHTC yang perlu menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa perantara semasa membantu pesakit dari China. Hasilnya, kakitangan kini boleh membimbing pesakit China sepanjang proses menerima rawatan perubatan di Malaysia, daripada membantu mereka di lapangan terbang hingga memberi panduan asas untuk kertas kerja yang perlu diisi di pejabat.
Management and Science Universiti (MSU)
Kerjasama Strategik Kursus Mandarin bersama Continuing & Extended Education Centre (CEDEC MSU)
Kursus ini direka khas untuk peserta CEDEC MSU agar dapat melengkapkan mereka dengan kemahiran bahasa Mandarin peringkat permulaan dan pertengahan. Hasilnya, para peserta boleh berkomunikasi secara lancar pada peringkat permulaan atau pertengahan dengan rakan sekerja mereka dan pelanggan berbahasa Mandarin.
Iskandar Investment Berhad
Kerjasama dengan Educity Academy Johor
Kursus ini adalah kerjasama strategik dengan EduCity Academy dengan menjalankan kursus korporat Mandarin dalaman untuk Iskandar Investment Berhad. Matlamatnya adalah bagi melengkapkan para peserta dengan Bahasa Mandarin tahap pertengahan (bersamaan dengan HSK2) untuk kegunaan harian dan situasi di tempat kerja. Hasilnya, para peserta boleh menjalankan komunikasi peringkat pertengahan dengan rakan sekerja mereka dan pelanggan yang berbahasa mandarin. Mereka juga boleh menggunakan bahasa Mandarin untuk perbualan harian.
Sekolah Islam Swasta Hati Murni
Kerjasama Strategik Kelas Mandarin Kanak-kanak
Melalui MoU yang ditandatangani pada 2021, Fasih Mandarin bekerjasama dengan Hati Murni untuk menambah bahasa Mandarin sebagai salah satu mata pelajaran yang ditawarkan kepada pelajar mereka. Kursus kanak-kanak Fasih Mandarin melengkapkan pelajar bukan penutur jati (non-native speaker) dengan kemahiran Mandarin yang membolehkan mereka menduduki Pensijilan Antarabangsa Ujian Kemahiran Bahasa Cina (HSK). Antara hasil pembelajaran adalah pelajar dapat berkomunikasi dalam Mandarin pada tahap pertengahan di dalam kelas dan dalam situasi kehidupan seharian dengan individu lain.
Estée Lauder Malaysia
Mandarin Corporate Training
Kursus ini direka khas untuk staf Estee Lauder Companies agar dapat melengkapkan mereka dengan kemahiran bahasa Mandarin peringkat permulaan. Hasilnya, para peserta boleh berkomunikasi secara lancar pada peringkat permulaan dengan rakan sekerja mereka dan pelanggan berbahasa Mandarin.
Testimoni
FASIH MANDARIN
PAUTAN PANTAS
Fasih Mandarin Head Office
Unit 3A-1, KL Trillion 338,
Jalan Tun Razak, 50400,
WP Kuala Lumpur.