Tentang Fasih Mandarin
KENAPA KAMI BUAT APA YANG KAMI BUAT
Kenapa kami buat apa yang kami buat adalah kerana kami CAKNA. Kami faham akan kepentingan bahasa Mandarin di dunia yang semakin mencabar. Dengan globalisasi dunia, permintaan terhadap penutur bahasa Mandarin semakin meningkat. Bahasa Mandarin, adalah bahasa yang penggunaannya sangat meluas di seluruh dunia dan ini akan memberi kelebihan kepada sesiapa yang berjaya menguasai bahasa Mandarin. Oleh itu, adalah kepuasan dan kejayaan kami untuk membantu anda semua menguasai bahasa yang penting ini bagi membuka lebih banyak peluang-peluang kajayaan di masa depan. Ayuh belajar bahasa Mandarin dengan kami, seronok belajar Mandarin dengan Fasih Mandarin!
Mempelajari sesuatu bahasa bermakna anda mempunyai satu lagi jendela untuk melihat dunia.
Matlamat Fasih Mandarin adalah untuk membantu orang ramai menguasai bahasa Mandarin dengan cara yang paling mudah dan berkesan.
Kami reka bentuk modul pembelajaran khas untuk penutur bukan jati (non-native speakers) dan silibus kursus Fasih Mandarin adalah sejajar dengan Ujian Kemahiran Bahasa Cina (HSK) yang merupakan Pensijilan Antarabangsa.
Visi & Misi
VISI
Menjadi Pusat Bahasa Mandarin terbesar di Asia Tenggara yang dimiliki oleh Usahawan Tempatan Bumiputera Malaysia dan diiktiraf oleh Han Ban sebagai Penterjemah Bahasa Mandarin untuk Perniagaan No.1 di peringkat global, selaras dengan permintaan yang semakin tinggi untuk peluang perniagaan dengan China
MISI
Menghasilkan kaedah yang paling mudah dan berkesan dalam pembelajaran & pengajaran bahasa Mandarin di Asia Tenggara. Pada masa yang sama, bekerjasama dengan semua guru bahasa Mandarin yang berkelayakan di seluruh Asia Tenggara untuk membentuk pasukan yang mantap dalam mencapai visi kami.
Seperti yang dilihat di
Berdaftar & Diiktiraf oleh
Kursus diperakui oleh
FASIH MANDARIN
PAUTAN PANTAS
Fasih Mandarin Head Office
Unit 3A-1, KL Trillion 338,
Jalan Tun Razak, 50400,
WP Kuala Lumpur.